Monday, November 16, 2009

KHASIAT BUAH PIR

Pir atau nama saintifiknya Pyrus communist antara buah terawal ditanam di Asia Barat dan Eropah. Ia dipercayai bahawa pir berasal dari kaki gunung India Selatan dan Afganistan. Buah ini tidak boleh hidup dengan cuaca melampau sama ada terlalu sejuk atau terlalu panas. Seperti epal, pir dipetik sebelum ia masak ranum. Pir jenis Bartlett adalah paling sedap dimakan dan dibuat jus.

Buah Pir mengandungi vitamin A, B-1, B-2, C, asid sitrik, niacin dan garam mineral seperti fosforus dan potasium berbanding dengan buah lain.

Pir paling mujarab untuk melegakan sakit dada akibat batuk yang keterlaluan, contohnya akibat penyakit Tuberculosis (TB) atau batuk kering. Pengidap TB akan merasa sakit menusuk di paru2 setiap kali batuk berlanjutan. Pir dipercayai dapat melegakan kesakitan itu untuk sementara.

Selain itu, pir juga bersifat diuretik dan laxcitive. Ia sesuai untuk melancarkan sistem penghadman terganggu akibat pengambilan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu pedas. Oleh kerana ia mempunyai serat, pir baik untuk proses pencernaan dan saluran makanan dalam badan seperti perut, usus kecil dan besar. Perut yang senak akibat terlebih makan juga dapat dilegakan dengan segelas jus pir.

Pir juga bersifat sejuk dan ini menjadikan ia sesuai untuk meredakan demam panas. Bagi wanita mengandung, ia dapat meredakan rasa loya akibat morning sickness dan juga untuk mabuk perjalanan.

No comments:

Post a Comment