Monday, November 16, 2009

MAKANAN ANTI-KOLESTROL

1. SOYA

Kacang soya mengandungi protein, lesitin, vitamin, kalsium, mineral dan zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Soya membantu memecah lemak tak baik (LDL) dan meningkatkan lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mengadungi zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. LIMAU KERING

Limau kering paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDLdan dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam tea, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Sebiji epal setiap hari cukup berkhasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Orang yang makan makanan segera dan kemudian makan buah epal atau minum jusnya (tanpa gula) dapat menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pengumpulan lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA

Ikan tuna adalah sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA

Mangga mengandungi Vitamin C. (Sumber lain: belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi). Vitamin C dapat mencegah pengumpulan kolestrol LDLdalam badan.

8. KISMIS

Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT

Pengambilan oat (oat kosong) setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Jambu batu mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.


www.jusmate5-hana.blogspot.com

No comments:

Post a Comment