Epal mengandung serat, flavonoids, dan fruktosa (gula). Dalam 100 g epal terdapat 2.1 g serat. Kandungan serat epal masih tinggi (1.9g) walaupun setelah dibuang kulitnya.
Kebaikan serat:
Serat epal mampu menurunkan kadar kolesterol darah, mengurangkan pengerasan arteri, dan risiko penyakit jantung koroner. Serat tak larut dalam epal berfungsi untuk mengikat kolesterol LDL dalam saluran pencernaan dan kemudian menyingkirkannya dari tubuh. Sementara itu serat larutnya (pektin) dapat mengurangkan penghasilan kolesterol LDL di hati.
Apabila anda mengamalkan pemakanan sebiji buah epal (ukuran besar) tiap hari, dapat menurunkan 8-11 peratus kadar kolesterol. Pektin (serat larut) dalam buah epal bukan hanya bermanfaat menurunkan kolesterol, namun dapat mengikat logam berat seperti merkuri dan mengeluarkannya dari tubuh. Kedua jenis serat dalam epal (larut dan tak larut) dapat mencegah pelbagai jenis kanser.
Kebaikan flavonoid:
Flavonoid adalah sejenis pigmen dalam epal yang berfungsi mempertahankan warna epal. Namun, flavonoid juga mempunyai manfaat mencegah penyakit jantung. Kulit epal mengandungi flavonoid yang disebut quercitin. Quercitin ini mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi. Fungsinya adalah mencegah serangan radikal bebas sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan kanser. Selain itu, antioksidan dapat mencegah pengoksidaan LDL sehingga proses aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah) dapat dielakkan.
www.jusmate5-hana.blogspot.com
buah epal mmg bagus, kalau ko lapar, makan epal. banyak serat. mesti kenyang.
ReplyDelete