Kempen Cara Hidup Sihat yang bertemakan “Makan Untuk Kesihatan” pernah dijalankan pada tahun 1997. Ia memberikan penekanan kepada tabiat makan yang buruk di kalangan masyarakat Malaysia yang boleh mendatangkan pelbagai implikasi ke atas status kesihatan masyarakat seperti masalah obesiti, diabetis, penyakit jantung koronari dan kanser.
Aspek utama yang perlu diberikan penekanan ialah:
• Pengamalan diet yang sihat
• Pelbagaikan jenis makanan yang dimakan
• Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
• Pilih diet yang tinggi kandungan bijian, kekacang dan legumes
• Makan lebih sayuran dan buah-buahan
• Banyakkan minum air (6-8 gelas sehari)
• Pilih diet yang mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah
• Pilih diet yang mengandungi gula dan garam yang rendah
• Makan makanan yang bersih dan selamat
• Mengekalkan berat badan yang ideal / sesuai
• Kepentingan untuk mengetahui tahap BMI / WHR
• Melakukan senaman secara berterusan / berkala
• Memahami perlabelan makanan dan kandungan nutrient
• Memilih makanan yang sihat di premis makanan
www.berat-ideal-jusmate5-hana.blogspot.com
Bersyukur Syahmi Sazli Production
6 years ago
No comments:
Post a Comment