BUAH-BUAHAN DIET
Salah satu program diet yang sesuai adalah dengan makan banyak sayuran dan buah segar.
Cara ini amat baik untuk kesihatan kerana sayuran dan buah segar banyak mengandungi fiber atau serat sebagai komponen makanan yang penting untuk diet.
Pemakanan buah-buahan dan sayuran dalam jumlah yang banyak dapat mencegah penyakit jantung dan kanser.
Senarai buah-buahan yang berkhasiat untuk kesihatan dan kandungan nutrisinya:
EPAL
Epal mengandungi vitamin C, karbohidrat, pectin (sejenis serat) dan flavonol yang disebut quercetin yang merupakan bahan antikanser. Quercetin juga merupakan bahan antiradang sehingga bermanfaat bagi penyakit seperti arthritis.
STRAWBERI
Strawberi mengandungi vitamin C dan ellagic acid yang merupakan bahan antioksidan. ellagic acid terbukti dapat menghalang pertumbuhan tumor dalam paru-paru, osephagus, payudara, cervix dan lidah. Strawberi juga digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan.
PISANG
Pisang merupakan sumber vitamin B6 yang diperlukan untuk membuat serotonin dalam otak. Serotonin berfungsi mengurangkan rasa sakit, menahan nafsu makan, dan memberi rasa relaks serta mengurangkan ketegangan. Pisang mengandungi banyak karbohidrat, sedikit karotin dan vitamin C serta kaya dengan potasium.
TEMBIKAI
Tembikai mengandungi gula yang tinggi dan lycopene yang berfungsi sebagai antikanser. Tembikai merah mengandungi carotenoid yang dapat melindungi sel daripada kerosakan free radical dan dapat juga diubah menjadi vitamin A dalam tubuh. Melon merupakan sumber carotenoid dan juga mengandung vitamin C.
LIMAU
Limau mengandungi phytochemical yang disebut hesperidin yang berfungsi sebagai antioksidan. Limau merupakan sumber pectin yang berfungsi menurunkan tekanan darah, buah rendah serat, sumber vitamin C dan folate.
MANGGA
Mangga mengandungi carotenoid yang disebut beta crytoxanthin. Mangga termasuk buah yang kaya carotenoid, serat, dan vitamin C.
KIWI
Kiwi mengandungi pigmen yang disebut chlorophyll yang memberikan buah tersebut warna hijau. Sebiji buah kiwi cukup untuk keperluan vitamin C orang dewasa.
PLUM
Plum mengandungi phytochemical yang disebut ferulic acid, yang dapat mengurangkan risiko kanser usus. Plum merupakan buah yang kaya serat dan potasium.
ANGGUR
Kulit anggur mengandungi phytochemical yang disebut resveratrol yang terbukti dapat meningkatkan kesihatan jantung, antikanser, antibakteria dan antioksidan. Anggur memiliki kandungan serat dan vitamin C yang rendah.
NENAS
Nenas mengandung enzim bromelain yang memiliki kemampuan untuk menguraikan protein. Nenas boleh menyekat pembekuan darah dan mencegah infeksi pada saluran kencing. Nenas merupakan sumber vitamin C dan serat serta mengandung kadar gula yang tinggi.
Bersyukur Syahmi Sazli Production
6 years ago
No comments:
Post a Comment